Frequently Asked Questions

Anda ada sebarang pertanyaan? Sila rujuk senarai pertanyaan lazim di bawah ini.

Pilih produk yang anda ingin beli dan klik “Buy Now / Add to Cart”. Anda boleh klik “Continue Shopping” untuk menambah produk yang lain atau klik “View Cart” untuk melihat jumlah kuantiti dan harga pembelian. Klik “Proceed to Checkout” untuk melengkapkan borang untuk penghantaran dan seterusnya pilih cara pembayaran dan buat pembayaran bagi pesanan anda.

Anda boleh buat pembayaran melalui 1. Billplz Payment Gateway (FPX: Maybank2u, Cimb Click, Bank Islam, BSN, RHB Online, PBe, Hong Leong Bank, Bank Rakyat dsb.) 2. Atau menggunakan akaun PayPal anda (jika tiada akaun PayPal, boleh guna kad debit atau kredit Visa/Mastercard anda). 3. Anda juga boleh membuat pembayaran secara offline / manual melalui cash deposit, ATM atau bank transfer ke akaun Maybank syarikat. 4. Touch N Go eWallet, Boost & GrabPay. *Anda tidak dikenakan sebarang caj tambahan untuk semua cara pembayaran ini. Laman web ini TIDAK menyimpan data maklumat peribadi perbankan anda.

Laman web ini diuruskan sepenuhnya oleh WP DINAMIK NIAGA selaku penyedia perkhidmatan dan berdaftar dengan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran online berkeselamatan tinggi BILLPLZ SDN BHD dan PAYPAL bagi mengutip pembayaran di laman web ini. 

Kami memberi jaminan bahawa setiap transaksi di laman web ini adalah selamat. Laman web ini dilengkapi dengan enkripsi data SSL (Secured Socket Layers) iaitu sistem enkripsi data standard industri untuk pembelian dalam talian. SSL akan memastikan data maklumat pesanan anda dilindungi. Untuk memeriksa keselamatan sambungan anda, sila rujuk kepada tab alamat URL pelayar anda dan pastikan simbol dengan kunci atau mangga tertutup dan URL bermula dengan “https://”. Laman web ini juga TIDAK menyimpan data maklumat peribadi pembayaran anda seperti no. akaun bank, kad kredit, kad debit dan akaun PayPal / eWallet.

Anda akan terima status pengesahan melalui email atau WhatsApp selepas pihak kami terima pembayaran dalam masa 24 – 48 jam. Anda juga boleh log masuk ke akaun anda untuk melihat status terkini pesanan anda.

Anda akan terima status penghantaran (tracking number) melalui email atau WhatsApp dalam masa 24 – 48 jam. Anda boleh juga periksa status penghantaran pesanan anda dengan log masuk ke akaun anda dan klik “Orders” atau klik halaman “Track My Parcel”. Jika tracking number masih belum diterima lebih dari 48 jam, sila hubungi kami di email ini: [email protected]

Anda akan terima pesanan anda dalam masa 2-3 hari bekerja (Semenanjung) / 3-5 hari bekerja (Sabah, Sarawak & Labuan). Penghantaran akan dibuat oleh stokis / ejen sah berdaftar menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia / J&T Express. Sekiranya pesanan anda masih tidak diterima dalam tempoh ini, pihak kami menyarankan anda menghubungi kami untuk tindakan selanjutnya. *Atas faktor lokasi, servis dan kawasan, penghantaran mungkin akan dibuat oleh syarikat kurier lain seperti GDEX, SkyNet, City-Link, KTMD, LINECLEAR Express dan sebagainya.

Pesanan anda akan dibatalkan secara automatik sekiranya kami tidak menerima sebarang pembayaran dalam masa 48 jam.

Hubungi kami dengan segera supaya pihak kami tidak memproses pesanan anda. Sila email ke [email protected] atau WhatsApp ke +6011.150.150.07 *Pesanan yang telah diproses TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Anda boleh tukar alamat penghantaran dengan log masuk ke akaun anda dan klik “Addresses”. Walaubagaimanapun untuk pesanan yang telah dalam proses, penukaran ini tidak akan diterima.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan pesanan anda di laman web ini, sila hubungi kami di:

Email: [email protected]
WhatsApp: +6011.150.150.07
Instagram: @tudungfazura.os

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10pg – 6ptg)

*Mesej akan dibalas dalam masa 24 jam

[ Managed by WP DINAMIK NIAGA ]